Urusan rasmi terus dengan penasihat jualan Wheelcorp Sri Petaling. Tiada bayaran pendahuluan di laman ini.
Deal terus dengan penasihat jualan sah Toyota di showroom Sri Petaling. Cara kami telus dari hari pertama, tiada caj tersembunyi.
Tak ada minta deposit satu sen pun selagi offer letter bank belum keluar. Semak kelayakan 100% percuma.
Tiada bayaran ke akaun peribadi jurujual. Semua urusan bayaran terus ke akaun rasmi Wheelcorp Auto Sdn Bhd siap resit rasmi.
Boleh terus walk-in ke showroom kami di Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling untuk tengok kereta atau bincang bajet depan-depan.
Nilai kereta atau pikap lama awak dinilai ikut harga pasaran semasa. Baki hutang bank lama kita tolong settlekan terus.
Fotografi rasmi unit Hilux generasi semasa. Tap thumbnail untuk tukar gambar, tap gambar besar untuk lihat penuh skrin.
1 / 11
Kereta sedan penumpang biasa LHDN hadkan tuntutan elaun modal setakat RM50,000 saja. Sebab Hilux didaftarkan sebagai kenderaan barangan komersial, syarikat Sdn Bhd atau Enterprise awak layak tuntut 100% harga belian kenderaan (QCE) dalam tempoh 4 tahun taksiran.
| Varian Hilux | Harga OTR (Tanpa Insurans) | Perbelanjaan Modal Layak (QCE) | Potensi Nilai Cukai (24%) | Kos Selepas Kesan Cukai Anggaran |
|---|---|---|---|---|
| Single Cab 2.4 MT | RM 104,880 | RM 104,880 (100% QCE) | RM 25,171 | RM 79,709 |
| Double Cab 2.4E AT | RM 119,880 | RM 119,880 (100% QCE) | RM 28,771 | RM 91,109 |
| Double Cab 2.8 Rogue | RM 163,080 | RM 163,080 (100% QCE) | RM 39,139 | RM 123,941 |
| Sedan Biasa (>RM150k) | RM 160,000 | Terhad RM 50,000 | RM 12,000 | RM 148,000 |
Nota Penting: Tuntutan selesai dalam 4 tahun asas taksiran (20% Elaun Permulaan + 20% Elaun Tahunan).
Penafian: Ini ilustrasi potensi nilai cukai melalui elaun modal, bukan rebat tunai serta-merta daripada bilik pameran. Sila rujuk ejen cukai syarikat awak untuk pelaporan rasmi. Harga atas jalan Semenanjung Malaysia tanpa insurans dan boleh berubah tanpa notis.
Belakang memang rasa tegap bila kosong, tapi bila campak 1 tan simen atau generator di lantai kargo, pikap langsung tak mendap.
Tak ada sistem turbo berkembar yang rumit dan cepat panas. Enjin 1GD dan 2GD dibina ringkas, sedap tarik beban dari RPM rendah dan kurang risiko sensor rosak.
Dari pekan kecil sampai bandar besar, kedai alat ganti ada simpan stok komponen biasa Hilux. Tak tersadai berminggu-minggu tunggu barang kapal terbang.
Bila tayar belakang termasuk selut tebal, tekan satu butang di dashboard untuk kunci kedua-dua roda belakang 50:50 dan terus merangkak keluar.
Semua urusan dibuat secara telus bersama penasihat jualan sah Toyota di bilik pameran rasmi:
Harga atas jalan rasmi Semenanjung Malaysia tanpa insurans. Anggaran bulanan dikira atas deposit 10%, pinjaman 9 tahun dengan kadar faedah rata indikatif 2.62% setahun (tertakluk kepada kelulusan bank):
Penafian Pembiayaan & Harga Standard: Ilustrasi pembiayaan sahaja. Berdasarkan harga OTR tanpa insurans, deposit 10%, tempoh 9 tahun dan kadar faedah rata indikatif 2.62% setahun. Kadar faedah sebenar, jumlah pinjaman, bayaran bulanan dan kelulusan tertakluk kepada pihak bank atau institusi pembiayaan, profil kredit, kelengkapan dokumen pemohon dan terma semasa. Harga, spesifikasi, promosi dan ketersediaan stok boleh berubah tanpa notis terlebih dahulu. Sila rujuk sebut harga rasmi pengedar sah Toyota untuk pengesahan harga semasa.
Pilihan warna bergantung pada varian dan baki ready stock semasa. Sales advisor akan confirmkan warna unit sebelum lock booking.
Semua info penting yang akauntan dan pengarah syarikat awak perlukan sebelum hantar dokumen ke bank:
Saiz fail 268 KB, pantas dibuka dalam telefon. Format rasmi percuma.
Semak ready stock, rebat promo, dan kiraan cukai rasmi terus di WhatsApp awak.
Wheelcorp Auto Sdn. Bhd. [No. Pendaftaran SSM: 199901005627 (480527-T)], pengedar sah UMW Toyota Motor Sdn Bhd. Semua tempahan, waranti dan servis diuruskan melalui saluran rasmi.
No. 21, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Boleh walk-in waktu operasi untuk tengok unit dan bincang bajet.
Semua semakan stok dan sebut harga bermula dari borang di laman ini, kemudian penasihat jualan sah yang hubungi awak. Kami tak pernah minta bayaran ke akaun peribadi.
Penafian Harga: Harga atas jalan Semenanjung Malaysia tanpa insurans. Anggaran bulanan berasaskan kadar 2.62% setahun dan tertakluk kepada kelulusan bank.